Kandungan Bhagavad Gita Seperti Yang Ada

Untuk setiap rangkap, buku ini memasukkan skrip devanagari yang asal, transliterasi Rumi, maksud harfiah daripada bahasa Sanskerta kepada bahasa Inggeris, terjemahan, dan ulasan-ulasan yang meluas oleh Srila Prabhupada (berdasarkan pelbagai karya oleh Gaudiya Vaishnava) yang termasuk:

Buku ini menyokong laluan pembaktian Krishna yang diperlihatkan sebagai sama sahaja dengan Vishnu, iaitu satu pandangan yang bertentangan dengan tafsiran monistik yang lain. Ini telah menyebabkan kritikan daripada sebilangan tokoh yang tidak bersetuju dengan pendekatan harfiah Prabhupada. Sivarama Swami menafikan kritikan ini dalam bukunya, Maksud Bhaktivedanta: Penjelasan Sempurna untuk Bhagavad-Gita, ISBN 1887089128, Torchlight, 1998.

Bhagavad Gita Seperti Yang Ada telah ditulis dalam tradisi Vaishnavisme Gaudiya Vaishnavism dan ahli-ahli ISKCON menganggap buku ini sebagai berwibawa dan betul-betul benar (mukhya-vrtti). Serupa dengan kebanyakan pertubuhan Hindu, ISKCON menganggap Bhagavad Gita sebagai intipati pengetahuan Veda dan Upanishad.